Under Construction
Tabung Kemanusiaan Mindanao (Moro)
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
BACALAH - RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya
walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah Al-Quran, atau tatpilah buku-buku, atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zirullah, dan janganlah sama sekali
saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul
(Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.
(4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.
(5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh
para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang
sia-sia malah menyakiti hati
orang lain.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh
memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu
dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan
Dakwah kita ialah berkasih sayang
dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita;
oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna
masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah
perlaksanaannya.