FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI
- Sekiranya MILF dihancurkan oleh kerajaan Filipina, maka hilanglah lagi satu bumi umat Islam di Nusantara ini setelah
Timur-timur !!
(dan dalam perancangan besar masa depan mereka; Maluku, Irian Jaya, Sulawesi,
dll.)
- Lebih 80, 000 tentera Filipina yang bersenjata lengkap (tentera
darat, laut dan udara) ditempatkan di Mindanao. Jumah ini adalah 70% dari kekuatan tentera
Filipina.
- Lebih 300,000 orang awam Islam dipindahkan dari kampung halaman
mereka dan beribu-ribu rumah penduduk Islam telah dimusnahkan.
- Keadaan di Kem Abu Bakar sekarang sangat meruncing. Kekurangan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan keperluan lain adalah realiti dalam kawasan umat Islam kerana peperangan ini.
- Kem Abu Bakar adalah sebuah daerah di mana syariah Islam (hudud)
telah dilaksanakan. Di sini juga telah mempunyai satu sistem
kemasyarakatan Islam yang lengkap dengan universiti, madrasah, kedai, sistem
perekonomian, masjid, mahkamah, penjara, akademi tentera, ladang tanaman dsb
seperti sebuah negara. Di masa aman, hampir 15,000-20,000 mujahiddin
dan keluarga mereka menginap di sana.
- Rata-rata mungkin menganggap bahawa mujahiddin ini 'radikal'
tetapi sebenarnya Ust. Salamat Hashim (amir mujahiddin) telah mengambil masa
hampir 10 tahun untuk mentarbiyyah pengikutnya agar menerima Islam sebagai
Addin mereka, sehinggalah tertegaknya hudud di Kem Abu Abu Bakar.
- Hampir semua bangunan yang ada di kem Abu Bakar telah
musnah atau rosak teruk akibat pengeboman tersebut.
- Sekarang ini mujahiddin yang ada di sana hanyalah sekitar
3,000-5,000 orang. Jumlahnya agak berkurang disebabkan kekurangan
segala bahan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan, persenjataan dll. Kanak-kanak, wanita dll telah pun berpindah ke tempat lain.
- Tentera Filipina sedang menguatkan kedudukan mereka di
Buldon dan Barera untuk bersedia menggempur kem Abu Bakar habis-habisan.
Sebelum ini ketumbukan tentera mereka berkhemah di Butig (dekat Camp Bushra).
Buldon dan Barera adalah lebih dekat lokasinya ke Kem Abu Bakar berbanding
Butig. Diberikan 90% daripada ketumbukan tentera di Butig telahpun
berpindah ke Buldon dan Barera.