MINDANAO DARI ASPEK SEJARAH

 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu"
(Al-Baqarah:120)

 

Zaman Penyebaran Islam

Islam tiba di tanah Moro pada tahun 1210, diperkenalkan oleh pedagang dan mubaligh Arab. Tidak lama selepas itu Kesultanan Islam diwujudkan di Filipina, dengan Sultan Sulu memerintah Basilan, Tawi-tawi dan Palawan manakala Sultan Maguindanao menguasai kawasan yang kini di gelar Moroland. Filipina mempunyai banyak peninggalan Islam termasuklah nama kota Manila itu sendiri yang diambil dari perkataan Amanillah (dengan jagaan Allah); dan bukan diambil daripada perkataan “manilla” (pohon-pohon berbunga manila di tebing-tebing sungai Pasig),

 

Kedatangan dan Penjajahan Sepanyol

Apabila Ferdinand Magellan sampai ke Pulau Mactan dekat Cebu (Setelah cuba mengelilingi dunia), ia sudah mengetahui bahawa terdapat kaum Melayu Islam di sebahagian besar kepulauan dari ribuan pulau di Filipina (dari Philipines - diambil sempena nama Raja Phillip di Sepanyol). Sewaktu Magellan dibunuh oleh Datu Lapu Lapu pada tahun 1521, bermulalah detik sejarah berdarah yang tidak putus-putus hingga sekarang.

Kedatangan penjajah Sepanyol pada kurun ke 16 ini telah menyatukan puak-puak beragama Islam untuk menentang mereka yang berlangsung selama lebih kurang 300 tahun. Mereka turut menyerang sultan-sultan Islam di Manila. Penjajah Sepanyol telah merujuk mereka sebagai kaum “Moro” sempena istilah “Moor” atau “Morisco”. Istilah “Moor” atau “Morisco” ini mereka ambil sempena nama orang Islam di Andalusia yang telah mereka perangi bertahun- tahun lamanya pada kurun ke-15M yang berakhir dengan kemenangan Sepanyol sepenuhnya pada 2 Januari 1492.  Penyerahan kunci Kota Granada (Al-Gharnatah) oleh Sultan Mohammad Abu Abdillah (Boabdil) kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella (disaksikan oleh antaranya, Christopher Columbus). Orang-orang Islam dan orang-orang Yahudi telah dipaksa menjadi Katholik atau dinyahkan dari bumi Iberia. Jutaan daripada mereka berhijrah ke Maghrib atau Moroko.

Daripada beberapa orang sultan Islam di Manila, hanya Sultan Sulaiman sahaja yang memerangi hingga ke akhir hayatnya (sebagai syahid). Penjajah Sepanyol dapat menundukkan sultan-sultan Islam termasuk kaum kerabat (bapa saudaranya) Asy-Syahid Sultan.

 

Penjajahan Amerika dan Kemerdekaan Mindanao Bersama Filipina

Pada tahun 1898, satu pejanjian yang dipanggil 'Perjanjian Paris' ditandatangani oleh pihak Amerika dan Sepanyol, di mana Sepanyol bersetuju untuk menyerahkan tanah jajahannya, Filipina kepada pihak Amerika. Apa yang pelik ialah, walaupun pihak Sepanyol tidak bejaya menguasai kepulauan di Selatan, kawasan tersebut turut 'dipindah milik' kepada Amerika.

Apabila tentera Amerika tiba di Filipina, antara tugas utama mereka ialah untuk menamatkan persengketaan yang telah lama berlaku di Selatan Filipina dengan cara rundingan. Perkara ini dipersetujui oleh sultan-sultan Moro dan pada 1899, pejanjian 'Kiram-Bates' ditandatangani dengan persetujuan pihak Amerika bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman Kesultanan Moro.

Namun pada bulan Mac 1904, Presiden Roosevelt tanpa meminta pandangan pihak Moro telah membatalkan pejanjian itu. Penentangan Moro berlaku semula dan berlarutan selama 47 tahun. SelepasPerang Dunia Kedua pada tahun 1946, pihak Amerika  telah  bersetuju  untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Sekali lagi penduduk Moroland tidak langsung diberikan peluang untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri dan secara automatik tanah air mereka dijadikan sebahagian daripada sebuah negara baru.

Tanah Moro (Mindanao) tidak pernah menjadi sebahagian daripada Filipina. Kedua-dua Moro dan Filipina telah dijajah oleh Amerika pada akhir abad ke 19. Apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina, Moro telah dimasukkan sekali tanpa persetujuan malah dengan bantahan rakyat Moro.

 

Pemerintahan Kerajaan Filipina

Pertambahan penduduk yang mendadak di Kepulauan Luzon dan  Visayas membuatkan Kerajaan Filipina terpaksa melancarkan program penghijrahan dan penempatan semula, di mana penduduk dari kedua pulau tersebut dipindahkan ke selatan untuk membuka penempatan barn. Pada mulanya ia tidak mendatangkan apaapa masalah, tetapi lama kelamaan kumpulan pendatang tersebut mula menguasai ekonomi, kedudukan serta pengaruh politik di Moroland.

Peristiwa Corregidor (sebuah pulau berdepan dengan teluk Manila) memulakan satu lagi episod keganasan kaum Kuffar ke atas umat Islam di Selatan Filipina. Pada tahun 1963, apabila Filipina merancang untuk menyerang Sabah (Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada Filipina, dan tidak bersetuju Sabah merdeka bersama Malaysia), kerajaan Filipina telah melatih 69 orang Islam Moro untuk melakukan sabotaj di Sabah. Ketika mereka diambil (recruit) mereka tidak diberitahu misi yang bakal dilaksanakan. Apabila mereka diarah melakukan sabotaj di Sabah, kesemuanya telah enggan kerana perasaan persaudaraan Islam. 68 mati dibunuh manakala seorang terselamat (kerana dianggap telah mati). Beliau berjaya berenang ke pantai dan menceritakan episod ini.

Penduduk Moro juga menuduh kerajaan pusat hanya memberikan pembangunan di kawasan tertentu sahaja dan lebih berminat untuk mengeksploitasikan sumber alam yang kaya di Selatan Filipina. Fakta bahawa mereka mempunyai adat serta agama yang berbeza dengan penduduk Islam di Moroland juga tidak membantu, malah memburukkan lagi keadaan.

Pertelingkahan yang berlarutan ini membuatkan kedua-dua pihak mula bertindak ganas. Akibat tekanan daripada gerombolan atau kumpulan penduduk bangsa Moro yang mahukan pendatang dari utara untuk meninggalkan Moroland, pihak pendudUk Kristian menubuhkan pasukan-pasukan militia lengkap bersenjata yang diberi nama 'Ilaga. 

Kumpulan-kumpulan Ilaga pada akhir tahun 1960an telah menyerang dan memusnahkan banyak penempatan luar bandar serta tanah pertanian, menyebabkan penduduk Moro terpaksa menjadi pelarian di bandar-bandar besar yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Kawasan yang dikosongkan ini kemudiannya telah dirampas hak miliknya dan diberikan kepada pendatang-pendatang yang baru.

Penduduk Moro juga menuduh kerajaan pusat di Manila membantu dan membekalkan senjata kepada Ilaga dan tidak  melakukan apa-apa untuk menghentikan kekacauan yang berlaku. Pada tahun 1970 sekumpulan pemuda bangsa Moro, antaranya Salamat Hashim, Nur Misuari, Utoh Salahudin, Abul Khayar dan ramai lagi menubuhkan gerombolan bersenjata yang diberi nama MNLF atau Moro National Liberation Front untuk menuntut autonomi bagi bangsa Moro dan diberikan kemerdekaan. Pada tahun 1972, Nur Misuari yang merupakan seorang pensyarah dilantik sebagai presiden MNLF manakala Salamat Hashim dilantik sebagai menteri luar.

Walaupun MNLF tampak kukuh sebagai sebuah organisasi, namun terdapat dua kumpulan yang tidak sependapat di kalangan kepimpinan mereka. Percanggahan pendapat ialah antara pemimpin yang mendapat pendidikan sekular dari universiti tempatan dan pemimpin yang merupakan bekas pelajar pusat- pusat pengajian tinggi Islam di Timur Tengah seperti dari Arab Saudi dan Mesir.

Ini menyebabkan berlaku pertelagahan sehinggakan Salamat Hashim terpaksa meninggalkan pertubuhan tersebut pada tahun 1978. Dia kemudiannya membentuk pertubuhannya sendiri yang di berikan nama MILF pada tahun 1984. MILF atau Moro Islamic Liberation Front bejuang urttuk membentuk sebuah negara Moro merdeka yang berlandaskan prinsip- prinsip sebuah negara Islam.

Pada tahun 1996, Nur Misuari (MNLF) dengan kerajaan Filipina telah mengadakan  beberapa siri rundingan dan akhirnya pada bulan September tahun yang sama kedua-dua pihak menandatangani perjanjian di Jakarta bagi menamatkan persengketaan antara MNLF dan kerajaan Filipina. MNLF diberikan hak untuk mentadbir satu kawasan autonomi di kepulauan Mindanao yang diberi nama ARMM atau 'Autonomous Region of Muslim Mindanao', dan Nur Misuari dilantik sebagai gabenor untuk wilayah tersebut.

Harapan penduduk bangsa Moro untuk menikmati pembangunan dan tahap kehidupan yang lebih baik selepas tamatnya perang antara MNLF dan kerajaan pusat nyata meleset. Pelaburan yang diharap akan mencurah masuk dari negara luar tidak menjadi kenyataan. Tindakan Nur Misuari yang kerap ke Manila dan jarang berada di dalam 'negara'nya mula dipersoalkan. Jentera kerajaan ARMM juga dikecam kerana gagal berfungsi dengan baik akibat birokrasi, rasuah dan kejahilan.

Nur Misuari cuba memujuk MILF untuk meletakkan senjata dan menyertai rundingan damai, namun MILF menolak dan tidak mengiktiraf pejanjian tersebut. Pada awal tahun 1997, pertempuran antara gerila MILF dan tentera Filipina mula menjadi bertambah sengit.Presiden Filipina, Joseph Estrada telah mengancam untuk memusnahkan MILF dan menganggap permintaan mereka untuk kemerdekaan bagi bangsa Moro adalah sesuatu yang mustahil. Pada Januari 1999, dia telah mengarahkan pelbagai unit tentera, pihak polls dan militia yang dikenali sebagai CAFGU dengan kekuatan keseluruhan seramai 70,000 individu di bawah pimpinan Lt.Gen. Angelo Reyes untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan MILF. Dia memberikan masa 3 hari untuk Reyes bagi menghancurkan kem-kem MILF.

Pada 24 Januari, dengan bantuan pesawat udara dan artileri, pihak kerajaan mula membedil kedudukan MILF di Maguindanao. 2 hari kemudian, pertempuran mula merebak ke seluruh Maguindanao, Utara Cotabato dan Sultan Kudarat. Pertempuran sengit menyebabkan lapangan terbang pusat kerajaan ARMM terpaksa ditutup, manakala lebuhraya yang menghubungi bandar-bandar utama juga ditutup. Pihak tentera Filipina telah menggunakan khidmat OV-10 untuk mengebom kedudukan MILF.

Al-Haj Murad, salah seorang pemimpin kanan ketenteraan MILF kemudiannya, telah memberikan amaran kepada kerajaan agar menghentikan operasi dan mengancam akan membawa ke seluruh kepulauan Mindanao serta melakukan operasi sehingga ke Manila sendiri.

Setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak, akhirnya presiden Estrada mengumumkan gencatan senjata dan disusuli pula dengan rundingan antara kedua belah pihak pada 6 Februari 2000.