MINDANAO

 

Minadanao merupakan pulau yang kedua terbesar (94,640 sq km) di selatan Philippines. Pulau ini secara amnya bergunung- ganang dan berhutan lebat dengan Gunung Apo merupakan puncak yang tertinggi. Berkepadatan penduduk sebanyak 13,093,000 (1987) dan Davao dan Zamboanga merupakan bandar yang terbesar.  Kebanyakan penduduknya beragama Roman Khatolik dan 1/3 pula adalah Muslim yang bertumpu di bahagian Barat Mindanao. 

Terdapat sekurang-kurangnya 13 bangsa yang menganut agama Islam. Tiga bangsa yang terbesar ialah  Maguindanaon dari daerah Cotabato (Maguindanao, Sultan Kudarat, Utara dan Selatan Cotabato); Maranaw dari Daerah Lanao; dan Tausug dari Sulu. Lain-lain bangsa ialah Yakan, Sama, Badjaw, Kalagan, Sangil, Iranun or Ilanun, Palawani, Melebugnon, Kalibogan dan Jama Mapun. Mereka inilah yang dipanggil Moro. Perkataan Moro ini berasal daripada perkataan 'Moor' iaitu satu bangsa di Sepanyol yang menganut agama Islam. Bangsamoro pula dirujuk sebagai semua bangsa asal yang menduduki tanah Mindanao dan Sulu, tidak kira sama ada mereka Muslim, Kristian (yang berhijrah dari kepulauan Luzon serta Visayas) atau Lumad (penduduk asli yang menghuni tanah tinggi) yang mengiktiraf Mindanao adalah tidak di bawah Filipina.