MINDANAO DARI ASPEK SEJARAH

 

1560-an

Apabila Ferdinand Magellan sampai ke Pulau Mactan dekat Cebu (Setelah cuba mengelilingi dunia), ia sudah mengetahui bahawa terdapat kaum Melayu Islam di sebahagian besar kepulauan dari ribuan pulau di Philipines (diambil sempena nama Raja Phillip di Sepanyol). Sewaktu Magellan dibunuh oleh Datu Lapu Lapu pada tahun 1521, bermulalah detik sejarah berdarah yang tidak putus-putus hingga sekarang.

Apabila penjajah Sepanyol mula tiba dan menyerang sultan-sultan Islam di Manila, mereka sudah merujuk mereka sebagai kaum “Moro” sempena istilah “Moor” atau “Morisco”. Istilah “Moor” atau “Morisco” ini mereka ambil sempena nama orang Islam di Andalusia yang telah mereka perangi bertahun- tahun lamanya pada kurun ke-15M yang berakhir dengan kemenangan Sepanyol sepenuhnya pada 2 Januari 1492.  Penyerahan kunci Kota Granada (Al-Gharnatah) oleh Sultan Mohammad Abu Abdillah (Boabdil) kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella (disaksikan oleh antaranya, Christopher Columbus). Orang-orang Islam dan orang-orang Yahudi telah dipaksa menjadi Katholik atau dinyahkan dari bumi Iberia. Jutaan daripada mereka berhijrah ke Maghrib atau Moroko.

Orang Nusantara mempunyai emosi yang mendalam dengan istilah Morisko (Keroncong Morisko) dan Andalusia (Seri Andalas). Peristiwa Corregidor (sebuah pulau berdepan dengan teluk Manila) memulakan satu lagi episod keganasan kaum Kuffar ke atas umat Islam di Selatan Filipina pada zaman moden ini, iaitu pada penghujung tahun 1960-an. Dengan syahidnya 68 orang dan tercederanya seorang muslim sejati yang dapat berenang untuk melepaskan diri dan melaporkan ke dunia luar, maka sedarlah sekali lagi dunia akan perencanaan musuh Islam.

Daripada beberapa orang sultan Islam di Manila (dari perkataan Amanillah; bukan “manilla” pohon-pohon berbunga manila di tebing-tebing sungai Pasig), hanya Sultan Sulaiman sahaja yang memerangi hingga ke akhir hayatnya (sebagai syahid). Penjajah Sepanyol dapat menundukkan sultan-sultan Islam termasuk kaum kerabat (bapa saudaranya) Asy-Syahid Sultan.

 

1960-an

Tanah Moro (Mindanao) tidak pernah menjadi sebahagian daripada Filipina. Kedua-dua Moro dan Filipina telah dijajah oleh Amerika pada akhir abad ke 19. Apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina, Moro telah dimasukkan sekali tanpa persetujuan malah dengan bantahan rakyat Moro.

Pada tahun 1963, apabila Filipina merancang untuk menyerang Sabah (Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada Filipina, dan tidak bersetuju Sabah merdeka bersama Malaysia), kerajaan Filipina telah melatih 69 orang Islam Moro untuk melakukan sabotaj di Sabah. Ketika mereka diambil (recruit) mereka tidak diberitahu misi yang bakal dilaksanakan. Apabila mereka diarah melakukan sabotaj di Sabah, kesemuanya telah enggan kerana perasaan persaudaraan Islam. 68 mati dibunuh manakala seorang terselamat (kerana dianggap telah mati). Beliau berjaya berenang ke pantai dan menceritakan episod ini.

Pada tahun 1968, kerajaan Filipina telah menyusun (Ilaga movement) orang Kristian di Mindanao (orang Kristian mula dipindahkan dari Luzon sejak 1910 lagi) dan menghasut mereka untuk membunuh orang Islam. Peperangan ini adalah dilancarkan ke atas orang Islam. Sebelum itu orang Islam dan pendatang Kristian hidup dalam keadaan aman dan damai.

 

Mindanao

History

In the middle of the 14th cent. Islam spread from Malaya and Borneo to the Sulu Archipelago, and from there to Mindanao. The arrival of the Spanish in the late 16th cent. united the various Muslim groups in a holy war against the conquerors that lasted some 300 years. The Moros likewise resisted American domination; fighting between U.S. garrisons and Muslim groups occurred early in the 20th cent.

Although many of the Philippine Islands suffered extensive damage in World War II, Mindanao emerged relatively unscathed. As the chief frontier left in the difficult reconstruction years, it was the object of government colonization projects. During the 1960s it experienced a phenomenal population increase and very rapid development. These changes brought serious problems. The native Moros, finding themselves outnumbered and in many cases pushed off their lands, retaliated with terrorist activities. When the Philippine army attempted to restore order, fierce fighting often resulted. In 1969 and the early 1970s several thousand people were killed and hundreds of villages were burned.

In 1976 the Philippine government pledged to grant autonomy to several provinces in Mindanao. It was not until 1990, following a plebiscite boycotted by many Muslims and dominated by Christian majorities in a number of provinces, that the Autonomous Region in Muslim Mindanao (consisting of the Mindanao provinces of Maguindanao and Lanao del Sur and the Tawitawi and Sulu provinces in the Sulu archipelago) was granted partial autonomy. Muslim discontent with partial rule persisted, and unrest and violence continued through 1990s. A treaty signed in 1995 with some groups called for an eventual Muslim autonomous government in parts of Mindanao and neighboring Palawan, but not all guerrillas were parties to the treaty.

In 1971 anthropologists reported the discovery of the Tasaday, whom they portrayed as a Stone Age people inhabiting caves in Mindanao's rain forest and threatened by the encroachment of lumbering, mining, and ranching interests. By the mid-1980s, when evidence had emerged indicating that the Tasaday were perhaps a division of a neighboring, comparatively sophisticated people, there arose a suspicion that the Tasaday phenomenon was a hoax, possibly instigated by the Marcos government.