Perhatian.. Wahai Umat Islam Prihatin...

 

 

Sudah Menuju ke Kemuncaknya !!

 

Hidup atau Mati Perjuangan Mereka tergantung kepada

Bantuan Umat Islam Sejagat !!

 

Sekiranya MILF dihancurkan oleh kerajaan Filipina, maka hilanglah lagi satu bumi umat Islam di Nusantara ini setelah Timur-timur !! (dan dalam perancangan besar masadepan mereka; Maluku, Irian Jaya, Sulawesi, dll.)

 

 

10,000 - 15,000 sedang bermati-matian  mempertahankan Camp Abu Bakar, satu kem terbesar MILF, di bawah serangan habis-habisan Tentera Filipina (lebih 40,000) yang bersenjata lengkap, termasuk tentera darat, laut dan udara.

 

 

Para Mujahiddin MILF tidak mahukan kita ke sana menyabung nyawa berjihad bagi pihak mereka ...

Namun, apa yang mereka harapkan ialah bantuan kewangan (untuk makanan, ubat-ubatan dsb) dan du’a dari kita agar mereka berjaya mempertahankan tanah air dan akidah mereka ...

 

 

Fakta-fakta yang amat perlu diketahui oleh Umat Islam :

 

Kata-kata angkuh Setiausaha Pertahanan Filipina, Orlando Mercado (dipetik dari Asia week keluaran 19 Mei,  2000, m.s. 26).  “ Kami akan menghancurkan (Mujahiddin) MILF sehingga kami dapat membunuh tenteranya yang terakhir.....”

 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad ke jalan Allah dengan harta dan jiwamu.  Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn.  Itulah keberuntungan yang besar”.                                                                       

(As-Saff  : 10-12)

 

 

Umat  Islam di Malaysia mula peka kembali tentang perjuangan yang berkesinambungan Bangsa Melayu-Moro sejak  tahun 1560-an hingga kini dan masa akan datang.  Kita perlu mengingatkan bahawa istilah “Moro” itu datangnya dari istilah “Moor”.

                Apabila Ferdinand Magellan sampai ke Pulau Mactan dekat  Cebu (Setelah cuba mengelilingi dunia), ia  sudah mengetahui bahawa terdapat  kaum Melayu Islam di sebahagian besar kepulauan dari ribuan pulau yang kemudiannya digelar sebagai Philipines  sempena nama Raja Phillip di Sepanyol.  Sewaktu Magellan dibunuh oleh Datu Lapu Lapu pada tahun 1521, bermulalah detik sejarah berdarah yang tidak  putus-putus hingga sekarang.

                Apabila penjajah Sepanyol mula tiba dan menyerang sultan-sultan Islam di Manila, mereka sudah merujuk mereka sebagai kaum  “Moro” sempena istilah “Moor” atau “Morisco”- iaitu orang Islam di Andalusia yang telah mereka perangi bertahun-tahun lamanya pada kurun ke-15M dan kalahkan sepenuhnya pada 2Januari 1492, dengan penyerahan kunci Kota Granada (Al-Gharnatah) oleh Sultan Mohammad Abu Abdillah (Boabdil) kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella (disaksikan oleh antaranya, Christopher Columbus).  Seperti yang kita ketahui orang-orang Islam bersama-sama orang-orang Yahudi dipaksa jadi Katholik atau dinyahkan dari bumi Iberia. Jutaan daripada mereka berhijrah ke Maghrib atau Moroko.

                Orang Nusantara mempunyai emosi yang mendalam dengan istilah Morisko (Keroncong Morisko) dan Andalusia (Seri Andalas). Peristiwa Corregidor (sebuah pulau berdepan dengan teluk Manila) memulakan satu lagi episod keganasan kaum Kuffar ke atas umat Islam di Selatan Filipina pada zaman moden ini, iaitu pada penghujung tahun 1960-an.  Dengan syahidnya 68 orang dan tercederanya seorang muslim sejati yang dapat berenang untuk melepaskan diri dan melaporkan ke dunia luar, maka sedarlah sekali lagi dunia akan perencanaan musuh Islam.

                Seperti yang kita ketahui, daripada beberapa orang sultan Islam di Manila (baca : Amanillah; bukan “manilla” pohon-pohon berbunga manila di tebing-tebing sungai Pasig), hanya Sultan Sulaiman sahaja yang memerangi hingga ke akhir hayatnya (sebagai syahid).   Penjajah Sepanyol dapat menundukkan sultan-sultan Islam termasuk kaum kerabat (bapa saudaranya) Asy-Syahid    Sultan.

 

 

Kini :

·           80, 000 ++ tentera Filipina ditempatkan di Mindanao.  (70% dari kekuatan tentera Filipina)

·           MILF hanya mempunyai 15, 000 - 20, 000 Mujahidin.

·           Lebih 300,000 orang awam Islam dipindahkan dari kampung halaman mereka.

·           Beribu-ribu rumah penduduk Islam telah dimusnahkan.

·           Kekurangan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan keperluan lain adalah realiti dalam  kawasan umat Islam kerana

               peperangan ini.     

 

 

 

·          Tanah Moro (Mindanao) tidak pernah menjadi sebahagian daripada Filipina.  Kedua-dua Moro dan Filipina telah dijajah oleh America pada akhir abad ke 19.  Apabila Amerika memberi kemerdekaan kepada Filipina, Moro telah dimasukkan sekali tanpa persetujuan malah dengan bantahan rakyat Moro.

·          Pada tahun 1963, apabila Filipina merancang untuk menyerang Sabah (Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada Filipina, dan tidak bersetuju Sabah merdeka bersama Malaysia), kerajaan Filipina telah melatih 69 orang Islam Moro untuk melakukan sabotaj di Sabah.  Ketika mereka diambil (recruit) mereka tidak diberitahu misi yang bakal dilaksanakan.  Apabila mereka diarah melakukan sabotaj di Sabah, kesemuanya telah enggan kerana perasaan persaudaraan  Islam.  68 mati dibunuh manakala seorang terselamat (kerana dianggap telah mati). Beliau berjaya berenang ke pantai dan menceritakan episod ini.

·          Pada tahun 1968, kerajaan Filipina telah menyusun (Ilaga movement) orang Kristian di Mindanao (orang Kristian mula dipindahkan dari Luzon sejak 1910 lagi) dan menghasut mereka untuk  membunuh orang Islam. Peperangan ini adalah dilancarkan ke atas orang Islam.  Sebelum itu orang Islam dan pendatang Kristian hidup dalam keadaan aman dan damai.

·          MILF berpecah dari MLF (Moro Liberation Front) apabila Nur Misuari menandatangani perjanjian Tripoli pada tahun 1976.  Sebelum itu Ustaz Selamat Hashim adalah orang kedua dalam MLF.

·          Perdamain MLF - Kerajaan Filipina telah memberi masa bagi MILF memperkuatkan barisan. 

·          Pada September 1997, Kerajaan Filipina menawarkan perundingan damai kepada MILF.  Syarat  perdamaian MILF adalah kerajaan mengiktiraf 13 kem utama dan 48 kem setelit mereka.  Ini tidak  dipersetujui  oleh kerajaan.  MILF juga mendapati bahawa setiap kali kerajaan menawarkan rundingan atau berunding, setiapkali itu juga serangan terhadap MILF dilancarkan.  MILF tidak meyakini keikhlasan kerajaan Filipina.

·          Di kem-kem MILF undang-undang syariah dilaksanakan.  Kem MILF ini bukan penempatan tentera semata-mata tetapi suatu penempatan orang Islam termasuk institusi pendidikan.

·        Pada April 27, satu perjanjian dipersetuju berkenaan pembinaan lebuhraya yang melalui Kem Abu Bakar As-Siddiq (Kem terbesar MILF).

·          Kini, sejak pengambilan tebusan di Sipadan, Kem Abu Bakar dibom setiap hari.  Kerajaan menggunakan isu pembukaan lebuhraya sebagai alasan.  Pada hari Isnin, 15 Mei 2000, MILF telah berundur 1km daripada lebuhraya itu untuk mengurangkan pengeboman dan penderitaan orang awam.  Tetapi pengeboman masih tidak reda.  Sehingga (17, Mei), Kem Abu Bakar masih dibom.

·          Tentang isu tebusan, MILF mengutuk tindakan tersebut (MILF tidak mengutuk kumpulan yang terlibat, tetapi tindakan mereka).  Menurut  maklumat MILF, penculikan itu tidak dilakukan oleh kumpulan Abu Sayaf.  Ada kemungkinan juga penculikan itu dirancang sebagai “cover” untuk peperangan menentang Mujahidin Moro.  Tiada bukti tentang ini tetapi ada beberapa perkara yang tidak kena seperti :             

                i.              Mengapa tebusan terlepas, mengapa penculik masih belum ditawan memandangkan Basilan adalah sebuah pulau                           yang kecil dan tidak dilitupi hutan rimba yang tebal (hanya hutan sekunder).

                ii.              Bagaimana media boleh berjumpa mereka ?, tetapi askar kerajaan tidak berjaya.

                iii.             Bagaimana 2 rakyat Amerika boleh melarikan diri (seolah-olah tidak mahu melibatkan Amerika, ataukah CIA ada peranan?)